WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan
mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People
hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk
memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji
purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi – dan
mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam ..
Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah
mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang
gua’ ini. “Cerita ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu
besar untuk disorok”. Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia
besar mengenai Mole People. “Nampaknya mereka seperti kaum yang
peramah”, beliau berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba
berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah
memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”.
“Mole
People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke
muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu. “Dengan demikian,
President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati.
“Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan
perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka
ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000
orang Mole tinggai di situ. “Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa
mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam
bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.
Makhluk
itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan juga sedikit
perbezaan. “Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi
mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa – setinggi 8 ke 10 kaki
tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga
seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku
mole” “Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang
melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi”.
“Didapati
bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan
makhluk ini suatu ketika dahulu – mereka bercakap di dalam bahasa yang
hampir sama dengan dialek Navajo Lama.
Sumber itu juga menyatakan
bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar,
membuatkan mereka mampu bertindak ganas. “Apabila salah seorang ahli
ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu
ancaman dan terus menyerang belia u”. “Mereka mencakar dan menyerang
beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama
rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu”.
Kaum
Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi – pakaian, alat-alatan
dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar. “Saya
belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpestadan
bersukaria”, mengikut kata sumber.
“Amat jelas mereka
tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka
tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA amat berminat untuk mengkaji
kaum Mole. “Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka – apa yang
mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah
perhubungan mereka dengan kaum manusia”.
“Kami
tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam
aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia
moden hari ini secara genetiknya ?” Pakar berkata terdapat spekulasi
yang pelbagai mengenai kaum Mole. “Mereka boleh jadi apa saja, dari
Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang
terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Adakah makhluk itu musuh
dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan
bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang
memiliki mereka: kaum Mole atau kita?
Bagaimanakah dengan
NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa – telah
menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak
menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan
hebat dari warta wan , jurucakap White House menjanjikan informasi yang
dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah
memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat”.
Menurut
sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika
sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole
– satu inisiatif dimana warta wan sekarang percaya ia mungkin untuk
mengintip China, menggunakan “teknologi bawah tanah”.
Setakat
ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di
kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di
Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S
mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang
kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.
Sekarang, buat pertama
kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada
makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.
DARI SURAH AL KAHFI:
Allah
menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu:
“Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain.
Katakanlah: ‘Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya’.
Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami
memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia
pun menempuh suatu jalan. “Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam
matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam
dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: ‘Hai
Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap
mereka’. Berkata Zulkarnain: ‘Adapun orang yang aniaya maka kami kelak
akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya’.” (ayat 83 hingga
87)
“Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga
apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari
itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka
sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,” (ayat 89 dan
90).
“Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi).
Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan
kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan.
Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu
orang
yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan
sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara
mereka?’.
Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku
kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan
kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara
kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi’. “Hingga apabila
besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah
Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi
(merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang
mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu’.
“Maka
mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya.
Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka
apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur
luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar’,” (ayat 92 hingga 98).
Demikianlah
secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya,
lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa
Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan
Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan
kiamat..
adakah benar ia berlaku?? adakah benar dunia benar hendak kiamat?? fikir2 kan lah....wallahu a'lam...
Nak comment??..dialu-alu kn..Time kaceh!